Kerajaan komited bantu usahawan PKS bersaing

PUTRAJAYA 17 Sept.– Kerajaan terus komited membantu usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bersaing di peringkat antarabangsa bagi memastikan sasaran 23 peratus nilai eksport SME Corporation Malaysia (SME Corp) menjelang 2020 tercapai.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ketika ini nilai eksport SME Corp hanya berada pada sekitar 16 hingga 17 peratus sahaja dan usaha untuk meningkatkan sedang giat dilaksanakan oleh semua pihak.

Beliau berkata, usaha untuk meningkatkan nilai eksport SME Corp itu juga telah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Eksport Negara hari ini dan semua pihak bersetuju untuk melipat gandakan usaha membantu usahawan PKS bersaing di peringkat global.

shutterstock-global-leadership

“Kita akui sememangnya tugas sukar untuk menaikkan peratusan tersebut, namun dengan usaha semua pihak tidak mustahil sasaran itu akan tercapai sekali gus memperluaskan lagi perniagaan dan pasaran usahawan PKS ke luar negara.

“Nilai semasa 16 hingga 17 peratus nilai eksport SME Corp itu melibatkan semua usahawan PKS,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis perjumpaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bersama dewan, persatuan dan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) perniagaan bumiputera di sini hari ini.

Mengulas mengenai majlis perjumpaan tersebut Mustapa berkata, ia diadakan setiap tahun untuk mendapatkan maklum balas daripada usahawan bumiputera.

– See more at: http://www.utusan.com.my/bisnes/usahawan/kerajaan-komited-bantu-usahawan-pks-bersaing-1.137286#sthash.zTjsMrJp.mmKAivzH.dpuf

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeinstagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


%d bloggers like this: