Your Invited to ICT For Growth @ TPM on 29th Oct 2014!

ADAKAH ANDA INGIN MENINGKATKAN PRODUKTIVITI DAN JUALAN SYARIKAT? ADAKAH ANDA INGIN MENGETAHUI TENTANG GERAN DAN JUGA GST UTK SYARIKAT SME?

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk hadiri Seminar ICT For Growth di Technology Park Malaysia pada 29 Oktober 2014 dan ketahui bagaimana aplikasi ICT boleh membantu SME dalam pengurusan dan pelaksanaan GST serta meningkatkan daya saing dan jualan syarikat anda.

Kami dengan sukacitanya ingin menjemput Tuan/Puan menghadiri Seminar ICT For Growth yang julung kali diadakan khusus untuk usahawan-usahawan industri kecil dan sederhana hasil usahasama Teknologi Park Malaysia pada:

Tarikh : 29 Oktober 2014 (Rabu)
Tempat : Auditorium Resource Center
Technology Park Malaysia
57000 Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Masa : 9.00 am – 1.00pm

Objektif
– Meningkatkan prestasi syarikat dan mengurangkan kos dengan menggunakan ICT dalam pengurusan dan pemasaran
– Memperkenalkan GST dan impak kepada syarikat SME
– Meningkatkan prestasi syarikat dengan mengaplikasikan “Unique Value Proposition” dalam perniagaan
– Memperkenalkan geran-geran percuma yang disediakan oleh agensi kerajaan termasuk SME Cloud Adoption Program dan geran e-Voucher untuk SME.

Barisan Penceramah

“Grow Your Business with ICT + Unique Value Proposition and Introduction to GST for SMEs”
Encik Ir Aziz Ismail – CEO Authentic Venture Sdn Bhd, Naib Presiden II NEF, Ketua Coach Usahawan myNEF/NEF

“Marketing Technology for Boosting Sales”
Encik Mohd Farid Mohd Nor – VP Strategic Marketing and Sales Y Us Sdn Bhd

“Introduction to SME Cloud Adoption Program and Grant”
Encik Mohd Zamri Osman – Penceramah Jemputan dari Multimedia Development Corporation Sdn Bhd

“Introduction to OfficeCentral, ICT1750 Package and GST e-Voucher”
Encik Mohd Haslan Junior – SME Account Manager, Authentic Venture Sdn Bhd

Siapa yang patut hadir?
– Pemilik dan pengurus syarikat-syarikat Industri Kecil dan Sederhana (SME).
– Syarikat yang diwajibkan daftar GST oleh kerajaan.

Kemasukan adalah PERCUMA & TERHAD.

Sekiranya berminat untuk menghadiri seminar ini, sila tekan butang “YES” di bawah atau email kepada events@ventures.com.my dengan segera selepas tuan/puan menerima email ini dan sertakan nama syarikat, nama wakil, email dan juga nombor telefon bimbit untuk memudahkan proses pendaftaran.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini kerana seminar ini adalah sangat terhad dan hanya untuk usahawan-usahawan SME yang terpilih sahaja.

Bagi usahawan-usahawan SME yang berminat untuk mendapatkan geran yang ditawarkan terus pada hari tersebut atau ingin mendaftar sebagai syarikat GST, tuan/puan boleh membawa bersama dokumen berikut semasa hari seminar iaitu:

Sdn Bhd:
(1) Form 9
(2) Latest Audited account (2012/2013)
(3) Penyata KWSP
(4) 1 bulan penyata bank

Enterprise:
(1) Form D (SSM)
(2) Penyata SSM yang mengandungi maklumat pemilik
(3) Management akaun terkini
(4) Penyata KWSP
(5) 6 bulan penyata bank

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya, Azura/ Amirah di talian 013-4576618 / 013-308 4816 atau melalui email di events@ventures.com.my. Segala kerjasama dari pihak tuan/puan kami dahului dengan setinggi-tinggi penghargaan.

Sekian, terima kasih

P/S: Untuk maklumat lanjut, tuan/puan boleh layari laman web kami di http://www.ICTforGrowth.com/ dan juga http://www.MalaysiaGrants.com/

ictforgrowth

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeinstagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*